(VIDEO) Boy Iman ‘Cuak’ Kena Serang PPIM Isu Jual Rumah?

(VIDEO) Boy Iman ‘Cuak’ Kena Serang PPIM Isu Jual Rumah? – TULAR menerusi media sosial sejak semalam apabila seorang bekas pelakon era 1990-an ‘diserang’ ratusan pembeli rumah yang dikatakan telah ditipu. Menerusi video itu, aktor dikenali sebagai Boy Iman atau nama sebenarnya, Datuk Norul Iman Abdul Rahman dilihat sedikit cuak pada raut wajah apabila mula diajukan soalan berkaitan isu projek banglo mini gagal disiapkan.

(VIDEO) Boy Iman ‘Cuak’ Kena Serang PPIM Isu Jual Rumah?

(VIDEO) Boy Iman ‘Cuak’ Kena Serang PPIM Isu Jual Rumah?

Dalam video berdurasi hampir dua jam itu memaparkan Boy Iman dikelilingi oleh mangsa penipuan dan juga pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang dikatakan menjadi ‘orang tengah’ kepada pembeli terbabit.

Menurut laporan beberapa portal, insiden itu bermula apabila mangsa dikatakan membeli rumah menerusi Boy Iman selaku bekas ejen pemasaran kepada DBI Properties ketika projek ini dilancarkan pada Mei tahun lalu.

Namun, projek tersebut dikatakan menemui kegagalan dan mangsa yang tertipu dilihat amat marah.

Susulan itu, mangsa diiringi pihak PPIM disertai Ketua Unit Tindakan Khas, Yusuf Azmi bergerak ke pejabat Juta Kelulut di Setapak, Kuala Lumpur bagi menjejaki pihak yang seharusnya bertanggungjawab keatas kes tersebut.

Ketika ini dapat dilihat Boy Iman seolah-olah cuba ‘melepas tangan’ dengan mendakwa kononnya wakil syarikat tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Anggun boleh menyelesaikan masalah mereka.

Bagaimanapun, suasana tenang di perkarangan pejabat pemaju kemudian bertukar menjadi kecoh apabila mangsa penipuan itu menjerit dengan kuat bagi meminta penjelasan lanjut.

Jelas Anggun pula, beliau hanya bertindak sebagai ejen dan telah menyerahkan semua wang yang dikutip kepada pihak lain.

Tambahnya lagi, beliau menerangkan kepada mangsa di mana beliau hanya menerima RM6 juta untuk kos pembelian peralatan pembinaan.

Beliau kemudian turut menyebut pula nama dua lagi individu lain yang bertanggungjawab ke atas wang tersebut.

Dalam perkembangan lain ketika sidang media bersama pihak PPIM, Boy Iman mendakwa dirinya telah ditipu oleh syarikat berkenaan.

Manakala Yusuf pula memberitahu bahawa PPIM telah mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes berkenaan kerana aduan telah dibuat.

Namun sehingga kini, pihak PDRM dilihat tidak memberi sebarang maklum balas terhadap aduan berkenaan.

Setakat ini, syarikat pemaju mini banglo itu dikatakan masih lagi belum memberi sebarang kenyataan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih