Borang Permohonan UPU Kemasukan 2017/ 2018 Secara Online

Borang Permohonan UPU Kemasukan 2017/ 2018 Secara Online. Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan ke UPU bagi sesi akademik 2017/ 2018 akan dibuka mulai 20 Januari 2017. Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM,STAM dan Diploma atau setaraf.

Borang Permohonan UPU

Pengumuman Terkini

Borang Permohonan UPU Kemasukan 2017/ 2018 Online

Sila layari http://upu.mohe.gov.my/ atau http://upu.moe.gov.my/web/

Panduan Mengisi Borang Permohonan UPU Kemasukan 2017/ 2018

Calon terlebih dahulu perlu membeli no pin unik ID di Bank BSN yang berdekatan sebelum boleh mengakses borang.

Borang Permohonan UPU Kategori Permohonan Lepasan SPM/Setaraf

  • Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2016 sahaja.
  • Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2014 atau 2015.
  • Kategori C • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2013 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
  • Kategori D • Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014 atau, SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015 atau, SPM 2015 dengan sijil ulangan SPM 2016.

Kategori Permohonan Lepasan STPM/Setaraf

STPM (Kategori A, S)

  • Kategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2016.
  • Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2016.

Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J)

  • Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
  • Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
  • Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
  • Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
  • Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
  • Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.

Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F)

  • Kategori E • Aliran Sastera.
  • Kategori F • Aliran Sains:

Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2014 atau sebelumnya atau,
Lulusan STPM Ulangan atau,
Lulusan Matrikulasi Sesi 2015/2016 dan sebelumnya atau,
Lulusan STAM tahun 2013 dan sebelumnya atau,
Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

Lepasan STAM (Kategori T)

  • Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun 2015 atau 2016 sahaja

Syarat Program Lepasan SPM/Setaraf

  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:

  •  Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
  •  Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.

Syarat Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
    Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
    Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
  • Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Bagi anak Selangor boleh memohon Bantuan Anak Selangor sebanyak RM1000.

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih