Borang Permohonan BR1M 2018 & Pendaftaran Baharu

Borang Permohonan BR1M 2018 & Pendaftaran Baharu – Kerajaan terus menunjukkan keperihatinan dan mengambil peduli terhadap rakyat apabila meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) malah jumlah bantuan itu dinaikkan dan akan dinikmati oleh golongan sasar mengikut syarat kriteria ditetapkan. Kenaikan kadar BR1M bagi tahun diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 yang berlangsung di Parlimen.

Borang Permohonan BR1M 2018

Borang Permohonan BR1M 2018 & Pendaftaran Baharu

Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M berdasarkan kriteria ditetapkan

BORANG PERMOHONAN BR1M 2018 DAN PENDAFTARAN ONLINE PEMOHON BARU MELALUI EBR1M

Berikut adalah informasi tentang syarat kelayakan kategori berserta nilai atau jumlah bantuan kewangan yang bakal diterima dan cara permohonan terutamanya kepada pemohon baru BR1M

Kategori Isi Rumah Dan E-Kasih

  • RM 1200

Pendapatan Kasar Bulanan: RM3,000 dan kebawah (termasuk warga emas)

Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)

Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya:

  • Berkahwin Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda, Duda) yang mempunyai tanggungan
  • Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan / kemaskini BR1M 2017
  • RM 900

Pendapatan Kasar Bulanan: RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas)

Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)

Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya:

  • Berkahwin Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda, Duda) yang mempunyai tanggungan
  • Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas
  • RM450

Pendapatan Kasar Bulanan: RM2,000 kebawah

Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)

Individu (bujang)

  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017 bagi kategori Bujang

Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon BR1M atau pemohon yang telah disahkan gagal dalam permohonan sebelum ini dan sekiranya menepati kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan boleh mengemukakan permohonan baharu BR1M.

Maklumat dan butiran cara permohonan boleh rujuk kepada ruangan yang tersedia seperti berikut

PERMOHONAN BR1M 2018 SECARA ONLINE (EBR1M)

Peringatan! permohonan secara online hanya boleh dibuat dengan menggunakan komputer berikutan aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih Pemohon dinasihatkan mencetak salinan permohonan dan perlu disimpan sebagai rujukan.

Perkara Butiran
Tarikh rasmi permohonan dibuka Disember 2017
Tarikh rasmi permohonan ditutup 31 Disember 2017
Panduan Penggunaan Sistem Aplikasi Permohonan Secara Online (Pemohon Baharu) BR1M Baca Panduan Pengguna Sistem Aplikasi Dan Permohonan Baru E-BR1M 2018
Pautan Portal Rasmi E-BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my

*Penting! Sila kemukakan permohonan dengan hanya menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan sama ada dengan cara online ataupun manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi kandungan maklumat pemohon

PERMOHONAN BR1M MANUAL (GUNA BORANG)

Perkara Butiran
Tarikh borang diedarkan 5 Disember 2017
Borang boleh didapati melalui
  1. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  2. Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  6. Online di laman sesawang www.hasil.gov.my

Muat turun Borang Permohonan Baru Bantuan Rakyat 1Malaysia 2017

 

Tindakan Borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar keCawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh akhir permohonan ditutup iaitu pada 31 Disember 2017 
Pautan Portal Rasmi E-BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my

Bagaimana Dengan Penerima BR1M Sedia ada?

Penerima BR1M sedia ada, maksudnya sudah disahkan layak atau pernah menerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar lagi ataupun membuat permohonan baharu untuk BR1M 2018

Bagaimanapun perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank dan maklumat lain yang berkaitan dengan tepat

Saranan bagi tujuan pengemaskinian adalah untuk melancarkan atau memudahkan proses penyaluran bantuan kepada penerima berdasarkan maklumat rekod terkini.

Selain itu, penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank pada BR1M 2018 melalui sistem kemaskini bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan

Disyorkan

Pemohon baru dan penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran

Saranan itu bertujuan supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran

Langkah ini juga mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan)

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms: