BONGKAR !! Pakar Matematik Dakwa Berjaya Selesaikan Misteri Kehilangan MH370 ?!!

BONGKAR !! Pakar Matematik Dakwa Berjaya Selesaikan Misteri Kehilangan MH370 ?!!

Seorang pakar matematik mendakwa berjaya menyelesaikan misteri kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airline (MAS) MH370 yang tidak dapat dikesan bersama 239 penumpangnya sejak 8 Mac 2014.

Dakwaan tersebut timbul ketika banyak pihak mengetengahkan pelbagai teori konspirasi termasuk mencadangkan idea pesawat MH370 telah dilarikan oleh makhluk asing.

Dr Goong Chen yang merupakan pakar matematik dari Universiti Texas A&M yang mengetuai pasukan pakar dari beberapa institusi penyelidikan Amerika Syarikat, berkata realiti punca kehilangan MH370 tidaklah seperti digembar-gemburkan.

Berdasarkan model simulasi komputer yang digunakan, pesawat malang itu didapati telah menjunam masuk ke dalam Lautan Hindi secara menegak, dimasuki air dan tanpa menyebabkan fiuslaj berpecah.

Simulasi kemalangan itu menjelaskan persoalan kenapa sisa serpihan atau tumpahan minyak dari pesawat tersebut tidak dapat dikesan di mana-mana kawasan pencarian.

Dr Goong dan pasukannya juga percaya sayap pesawat MH370 yang dipercayai terputus serta merta telah tenggelam bersama-sama bahagian-bahagian serpihan berat yang lain

Kajian tersebut menurut beliau merupakan penjelasan yang terbaik bagi menjawab persoalan mengapa usaha pencarian antarabangsa yang meliputi kawasan yang luas gagal menghasilkan apa-apa keputusan.

Bagaimana pun Dr Goong menjelaskan, “saat-saat akhir yang sebenar pesawat MH370 akan kekal misteri sehingga suatu hari nanti apabila kotak hitam akhirnya ditemui dan dinyahkod.

“Tetapi kajian forensik menyokong kuat bahawa MH370 telah terjun ke lautan dalam secara menegak,” ujar beliau.

mh370
Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 127 times, 1 visits today)

Leave a Reply