Berita Banjir Terkini : Banjir Semakin Buruk

Berita Banjir Terkini : Banjir Semakin Buruk – Situasi banjir di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia kian membimbangkan apabila berlaku ­pe­ningkatan terhadap jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan bilangan sekolah yang terpaksa ditutup.

Berita Banjir Terkini : Banjir Semakin Buruk

Menurut Info Banjir yang disiarkan di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah terkini mangsa banjir di tujuh negeri terlibat direkodkan sebanyak 16,371 orang melibatkan 4,614 keluarga di 242 buah pusat pemindahan.

Berita Banjir Terkini : Banjir Semakin Buruk

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menunjukkan peningkatan mendadak apabila seramai 4,666 mangsa daripada 1,168 buah keluarga dipindahkan berbanding hanya 21 mangsa dari daerah Raub yang dicatatkan semalam.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Rosdi Ismail berkata, bilangan sekolah yang ditutup sementara akibat terjejas ­de­ngan banjir meningkat kepada 16 buah melibatkan empat daerah di negeri ini, manakala 14 sekolah lagi turut dijadikan pusat pemindahan sementara.

Berita Banjir Terkini : Banjir Semakin Buruk

Di NEGERI SEMBILAN, Ke­tua Sekretariat Jawatankuasa Pe­ngurusan Bencana Negeri (JPBN), Kamal Mokhtar berkata, seramai 102 mangsa banjir daripada 29 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Besar Gemas, Tampin berikutan kawasan perumahan itu mula dinaiki air sejak pukul 2 pagi.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Ne­geri Sembilan, Norazam Khamis berkata, kira-kira lapan buah rumah di Taman Sungai Gemas dinaiki air setinggi 0.6 meter akibat hujan sejak beberapa hari lalu.

Di JOHOR, seramai 8,009 mangsa banjir daripada 2,220 keluarga masih ditempatkan di 71 pusat pemindahan sementara yang dibuka sehingga pukul 6 petang ini dengan Segamat kekal sebagai daerah paling terjejas melibatkan 6,254 mangsa daripada 1,796 keluarga ditempatkan di 54 pusat pemindahan sementara.

Tiga buah sekolah di daerah itu terpaksa ditutup sementara iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pogoh, SK Kampung Tengah dan SK Segamat Kecil.

Di PERAK, jumlah penduduk yang dipindahkan akibat banjir setakat pukul 5.30 petang adalah seramai 503 orang daripada 161 keluarga yang ditempatkan di lapan buah pusat pemindahan di seluruh negeri.

Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Mohd. Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata, dae­rah Manjung paling teruk terjejas diikuti Larut, Matang dan Selama manakala lain-lain kawasan yang terjejas adalah ­Pe­rak Tengah dan Kuala Kangsar.

Berita Banjir Terkini : Banjir Semakin Buruk

Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Pengai­ran dan Saliran (JPS) negeri, Shahimi Shariff memberitahu, meskipun air beberapa sungai seperti Sungai Galas, Lebir dan Tangga Krai menunjukkan peningkatan, namun itu adalah saki baki air dari Gunung Gagau yang turun ke sungai.

Katanya, paras sungai terbabit dijangka menurun berikutan hujan dilaporkan sudah terarah ke negeri-negeri selatan Semenanjung, manakala banjir yang mula melanda kawasan hulu Kelantan, khususnya di Gua Musang dan Kuala Krai dijangka tidak berte­rusan atau seburuk bencana bah kuning tiga tahun lalu.

Di SELANGOR, jumlah mang­sa banjir di daerah Sabak Bernam yang ditempatkan di tiga pusat penempatan sementara berkurangan daripada 407 kepada 361 orang setakat pukul 5 petang ini.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, penurunan tersebut me­libatkan seramai 50 orang mang­sa selepas mereka pulang ke kediaman masing-masing susulan daripada penurunan paras air sejak pagi ini.

Di MELAKA, banjir yang melanda dua daerah di negeri ini pulih sepenuhnya apabila kesemua 40 mangsa banjir daripada 10 buah keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas paras air surut. – www.utusan.com.my

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih