Bergaduh Gara-gara Perempuan

Bergaduh Gara-gara Perempuan

Kuala Lumpur – Tiga cedera selepas terbabit dalam pergaduhan kerana seorang perempuan di pusat beli belah di Wangsa Maju, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang tadi membabitkan kumpulan remaja dari Desa Rejang dan Ulu Kelang.

Menurutnya, polis turut menahan beberapa lelaki berusia lingkungan awal 20-an yang terbabit dalam pergaduhan itu.

“Motif sebenar masih dalam siasatan tetapi polis tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca akibat tidak puas hati mengenai seorang remaja perempuan.

“Mereka yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya, lapor Harian Metro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih