Bekas Ketua Polis Negara Dedah Menteri Selalu Campur Tangan Siasatan Polis

Bekas Ketua Polis Negara Dedah Menteri Selalu Campur Tangan Siasatan Polis – KUALA LUMPUR – Umum tahu, Tan Sri Musa Hassan pernah mendedahkan bahawa sepanjang menjawat jawatannya sebagai KetuaPolis Negara, ada tangan-tangan ghaib yang seringkali masuk campur dalam siasatan polis dan memberikan arahan tertentu kepada pihaknya sehingga menimbulkan rasa kurang senang beliau. Bagaimanapun, tidak pula didedahkan siapa orang yang dimaksudkan itu.

Bekas Ketua Polis Negara Dedah Menteri Selalu Campur Tangan Siasatan Polis

Setelah lama berdiam diri, akhirnya beliau membuka mulut dan perkara ini dilaporkan melalui portal Suara Kami.

Bekas Ketua Polis Negara Dedah Menteri Selalu Campur Tangan Siasatan Polis

Musa Hassan mendakwa, menteri kabinet dan ahli-ahli politik sering kali cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mengakui bahawa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 mendedahkan salah seorang menteri yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein antara ahli politik itu dalam satu sidang media semalam. Musa juga mendakwa, kerana enggan mengikut arahan menteri itu, kontrak perkhidmatannya tidak lagi disambung.

Musa juga turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar, sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

“Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Malah, KDN masih boleh memberikan arahan sekarang. Jadi siapa yang kawal sekarang?” soalnya.

Bekas Ketua Polis Negara Dedah Menteri Selalu Campur Tangan Siasatan Polis

Musa kemudian memetik Seksyen 4(1) daripada Akta Polis yang menyatakan bahawa, sebarang arahan kepada pegawai polis mestiklah datang daripada KPN yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan tersebut.

“Saya dimaklumkan, malahan Setiausaha Agung pun boleh mengarahkan CPO (Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi, siapa yang mengawal polis sekarang?

“Arah dan kawal ke atas pasukan polis seharuslah di bawah bidang KPN. Tiada orang lain yang boleh beri arahan.

“Apabila saya menangkap penjenayah yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atasan.

“Saya masih ingat, seorang Ahli Parlimen pembangkang selalu datang ke pejabat saya. Dia bawa kepada saya banyak saman (untuk diselesaikan). Saya kata, ‘Tan Sri, awak (antara salah seorang) yang meluluskan di Parlimen.”

Mengulas mengenai penggantinya, Tan Sri Ismail Omar juga dianggapnya sebagai seorang yang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.

“Kamu baca akhbar, kadangkala kamu dengar ahli politik berkata, ‘saya arahkan polis buat itu, buat ini,” katannya apabila ditanya mengenai bentuk arahan yang diberikan kepada KPN pada ketika ini.

“Ismail orang yang baik tetapi menjadi seorang yang baik dan popular bukan adalah perwatakan seorang Ketua Polis Negara. Kamu perlu jadi lebih tegas. Kadang kala kamu perlu menjadi seorang yang lebih lantang kepada pihak atasan. Apabila tidak betul, jangan hanya kata ya.

“Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan menjadi KPN terbaik di dunia. Jika dia lantang, dia akan menjadi KPN yang jahat dan tidak akan ada banyak tuduhan ke atas dirinya,” katanya secara bergurau.

Mengulas mengenai hubungan dengan Hishammuddin, Musa hanya menganggap mereka seperti kawan biasa tetapi didakwa sering mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis.

“Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD tanpa pengetahuan saya, jadi pasti ada suatu yang salah berlaku. Jadi saya tekankan kepadanya Seksyen 4(1) Akta Polis, arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan hak seorang menteri.

“Saya beritahu dia secara baik, tetapi dia tidak suka. Disebabkan itu juga jawatan saya tidak disambung,” katanya.

Musa berkhidmat sebagai KPN bagi tempoh tiga belum sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah yang ditutup pada Julai 2007 kerana kekurangan bukti.

Sidang akhbar itu dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang berfungsi mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM.

MyWatch mendakwa bahawa mereka mempunyai statistik jenayah yang sebenar daripada pasukan polis yang ditutuh mereka telah dimanipulasikan sebelum didedahkan kepada orang awam selain dari mengakui memiliki bukti yang melibatkan pegawai atasan polis dengan kumpulan bawah tanah.

Bagaimanapun. MyWatch merancang untuk mendedahkan secara berperingkat bermula minggu hadapan jika PDRM masih enggan memberikan kerjasama dengan mereka, lapor Suara Kami. – Berita Malaysia

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih