Bekas ADUN Maut Ditembak Jarak Dekat

Bekas ADUN Maut Ditembak Jarak Dekat

Marang: Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman mengesahkan Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah, 51, mati ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat di sini, selepas solat Jumaat tadi.

Mangsa dipercayai mati akibat ditembak di kepala dalam jarak dekat kira-kira jam 2 petang.

Mangsa ditembak dua lelaki menaiki motosikal Yamaha 125Z sebelum dia dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Payong namun, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Sementara itu, bekas ADUN Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad berkata, beliau dimaklumkan oleh isteri bekas wakil rakyat Barisan Nasional itu, Noriha Muhammad, suaminya ditembak di kepala dalam jarak dekat di rumah mereka.

Katanya, kejadian dipercayai selepas Allahyarham pulang daripada solat Jumaat itu dipercayai berlaku selepas mangsa membuka pintu rumah yang diketuk individu tidak dikenali.

“Mengikut apa yang dimaklumkan oleh isteri Allahyarham, tidak lama selepas pulang dari solat Jumaat, ada individu mengetuk pintu rumah dan arwah membuka pintu sebelum ditembak.

“Tembakan daripada jarak dekat itu dikatakan terkena pada kepala sebelum arwah rebah,” katanya.

Allahyarham yang memiliki firma guaman Alias Abdullah & Co dipilih sebagai ADUN Alor Limbat sejak 2004 hingga 2008. lapor myMetro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih