Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Pondok Taman Permainan

Klang – Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di sebuah pondok taman permainan di Kota Bayu Emas di sini kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, bayi yang masih bertali pusat itu diletakkan di atas lantai ditemui seorang penduduk dalam keadaan sedang menangis.

“Terdapat kesan darah pada badan bayi dipercayai baharu dilahirkan. Tiada sebarang kesan kecederaan pada badan bayi.

“Saksi adalah seorang lelaki warga negara asing dalam perjalanan ke tempat kerjanya di tapak pembinaan telah nampak bayi berkenaan. Bayi itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah , Klang untuk mendapatkan rawatan,” katanya, lapor Kosmo.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih