Empat Maut Bas Dirempuh Kereta Api

Powered by WP Review

Empat Maut Bas Dirempuh Kereta Api – Biloxi, Mississippi: Empat terbunuh apabila kereta api barang merempuh sebuah bassarat dengan penumpang yang tersangkut di atas landasan, mengheret bas itu sejauh 150 meter, hari ini.┬áPasukan penyelamat mengambil masa beberapa jam untuk mengeluar dan memindahkan penumpang dari ba s, termasuk terpaksa memotong badan bas yang hampir terputus dua.

Empat Maut Bas Dirempuh Kereta Api

Ketua Polis Biloxi, John Miller, berkata b as berkenaan dipercayai terhenti di atas landasan ketika cuba melalui lintasan tidak berpagar itu sebelum dirempuh kereta api empat gerabak milik CSX Transportation.

Empat Maut Bas Dirempuh Kereta Api

Menurutnya, penumpang dalam bas Echo Transportation itu dari Austin, Texas, dalam perjalanan membawa mereka ke sebuah kasino.

Akhbar Sun Herald melaporkan, saksi, Mark Robinson, melihat b as berkenaan tersangkut di atas landasan selama lima minit sebelum dirempuh kereta api berkenaan.

Menurut Robinson, penumpang bas berkenaan sedang berpusu-pusu turun dari bas ketika pemandu berusaha mengalihkan kenderaan itu namun tidak sempat. -DM

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih