Bantuan Persekolahan 2017 Pendapatan Kurang RM1,000

Bantuan Persekolahan 2017 Pendapatan Kurang RM1,000 – Kerajaan negeri menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) ada menyediakan bantuan persekolahan sebanyak RM250 bagi setiap pelajar berkelayakan daripada keluarga berpendapatan kurang RM1,000.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md Yunos Husin berkata, ibu bapa yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan persekolahan anak- anak perlu mengenepikan perasaan malu untuk tampil memohon bantuan.

“Kes ini merupakan kes terpencil cuma kita kesal ia diviralkan sedangkan kerajaan negeri melalui pelbagai agensi seperti Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai agensi lain membantu pelajar di negeri ini menyediakan kelengkapan persekolahan.

bantuan persekolahan 2017

Bantuan Persekolahan 2017 Pendapatan Kurang RM1,000

“Malah Tapem juga memperuntukkan RM1 juta bagi membantu kira-kira 4,000 pelajar sekolah di negeri ini meliputi 28 Dun bagi memiliki kelengkapan persekolahan yang baru sebelum sesi persekolahan di buka,” katanya.

Md Yunos berkata demikian ketika mengulas mengenai murid di negeri yang diviralkan di media sosial kerana memakai pakaian sekolah yang lusuh ketika hari pertama persekolahan yang bermula kelmarin.

Jelas Md Yunos, sepatutnya ibu pelajar berusia 17, 8 dan 7 tahun itu memberi maklumat kepada sekolah mengenai masalah tersebut atau menyalurkan ia kepada ketua masyarakat untuk diambil tindakan segera sebelum persekolahan bermula.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri akan membantu mendapatkan pekerjaan yang sesuai untuk ibu tunggal itu memandangkan dia juga memiliki ijazah supaya dapat menyara anak-anaknya dengan pendapatan tetap. Bantuan Persekolahan 2017 Pendapatan Kurang RM1,000

GPS Bestari

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih