Bangkai Pesawat ATR42-300 Milik Trigana Air Ditemui Berasap

Bangkai Pesawat ATR42-300 Milik Trigana Air Ditemui Berasap

Jayapura, Indonesia – Pesawat pencari menemui bangkai pesawat ATR42-300 milik Trigana Air Service dalam hutan di timur Papua dengan asap masih berkepul daripada pesawat berkenaan, pagi ini.

Namun, nasib 54 penumpang termasuk lima anak kapal dalam pesawat berkenaan belum diketahui kerana anggota pasukan penyelamat belum dapat memasuki lokasi pesawat itu yang terhempas semalam, dalam hutan tebal di kawasan pergunungan, 12 kilometer 12 dari Oksibil.

Pengarah Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia, Henry Bambang Soelistyo, berkata pasukannya sedang membuat persiapan memasuki

kawasan nahas melalui udara dan jalan darat.

“Asap masih keluar dari pesawat itu ketika ia dikesan pesawat pencari,” kata Henry yang mengetuai operasi menyelamat dari Lapangan Terbang Sentani di Jayapura.

Menurutnya, cuaca buruk serta kawasan pergunungan menyukarkan pasukan penyelamat sampai ke bangkai pesawat pada ketinggian 2,600 meter.

Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari bandar utama wilayah Papua, Jayapura, ke sebuah bandar di timur wilayah itu, Oksibil, apbila terputus hubungan kira-kira sembilan minit sebelum dijadualkan mendarat di lapangan terbang Oksibil.

Ia membawa 49 penumpang, termasuk lima kanak-kanak dan bayi serta lima anak kapal, lapor AP.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...