Jadual Keputusan Malaysia Badminton All England 2017

Powered by WP Review

Jadual Keputusan Malaysia Badminton All England 2017 – Datuk Lee Chong Wei telah memenangi ‘perlumbaan mengejar masa’ untuk memburu satu lagi kejuaraan All England apabila sempat menyertai kejohanan badminton tertua di dunia itu selepas hampir melupakannya akibat kecederaan.

Jadual Live Streaming Keputusan Malaysia Badminton All England 2017

Bagaimanapun All England 2017, yang membuka tirai dengan aksi kelayakan hari ini hampir pasti menjadi kejohanan terakhir buat pemain No. 1 dunia itu, yang baru kembali daripada kecedera­an ligamen lutut.

Itu bermakna, Chong Wei yang akan memulakan kempen de­ngan menentang pemain dari pusingan kelayakan esok berpeluang beraksi dalam ‘episod terakhir’ pertarungan paling mencuri tumpuan menentang musuh tradisi, Lin Dan dalam All England.

Jadual Keputusan Malaysia Badminton All England 2017

Kedua-dua pemain hanya berpeluang berentap sesama sendiri dalam final Ahad ini, namun Chong Wei perlu terlebih dahulu mengetepikan juara Olimpik dan rakan senegara Lin Dan dari China, Chen Long yang dijangka ditemui pada separuh akhir.

Ketika Lin Dan masih membisu mengenai pelan persaraannya, Chong Wei mengesahkan All England kali ini adalah kejohanan terakhir buat dirinya sebelum mengalihkan tum­puan penuh kepada misi memburu kejuaraan dunia buat kali pertama di Glasgow, Ogos ini.

“Saya sebenarnya sudah bersedia (untuk mengucapkan selamat tinggal kepada badminton All England) dan benar-benar mahu pergi ke sana (buat kali terakhir),” kata pemain berusia 35 tahun itu.

Diletak sebagai pilihan pertama, Chong Wei, yang menjuarai kejohanan ini pada 2014, 2011 dan 2010 dijangka berdepan Wang Tzu Wei atau Wei Nan pada pu­singan kedua, sebelum berpotensi menentang pemenang di antara Tian Houwei, Tommy Sugiarto, Qiao Bin atau Prannoy Kumar pada suku akhir.

Jadual Keputusan Malaysia Badminton All England 2017

Seandainya bertemu Lin Dan dalam perlawanan akhir, ini akan menjadi pertembungan ke-38 buat dua jagoan dunia itu.

Sementara itu, turut memulakan kempen hari ini adalah pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon Goh Liu Ying.

Pasangan No. 1 dunia, V Shem-Wee Kiong akan berdepan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun dalam beregu lelaki manakala Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menentang Nico Ruponen-Amanda Hogstrom dari Sweden dalam beregu campuran. – utusan.com.my

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih