AWAS !! Strok Haba Boleh Mengundang Maut, Siapakah Golongan Berisiko, Inilah Tanda-Tanda Dan 6 Langkah Pencegahan ((MOHON SEBARKAN))

AWAS !! Strok Haba Boleh Mengundang Maut, Siapakah Golongan Berisiko, Inilah Tanda-Tanda Dan 6 Langkah Pencegahan ((MOHON SEBARKAN))

Akibat cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini berikutan fenomena El Nino, suhu dikatakan mampu mencecah sehingga 40 darjah Celsius. Fenomena ini terjadi disebabkan oleh matahari terletak secara tegak di atas garisan Khatulistiwa.

Malaysia's landmark KL Tower is silhouetted as the sun sets in Kuala Lumpur on September 18, 2013. Asian markets were mixed on September 18 following a strong lead from Wall Street, with investors biding their time as they await the end of a crucial Federal Reserve policy meeting. AFP PHOTO / MOHD RASFAN

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah menerima kira-kira 29 laporan melibatkan cuaca panas ini di mana 5 darinya strok haba yang telah menyebabkan satu kematian.

Bagaimana stroke haba boleh menyebabkan kematian?

Jika kita berada lama dibawah cuaca panas melampau ini, ia akan menyebabkan penyahhidratan.

Ia berlaku apabila badan kita telah mencapa paras suhu sehingga mencecah 40.5 darjah Celsius berbading suhu normal badan iaitu kira-kira 37 darjah Selsius.

Punca utama strok haba adalah terdedah terlalu lama dengan cuaca dan suhu panas, kurangnya minum air serta berlaku dehidrasi pada badan yang membawa komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kepada kematian.

Antara tanda-tanda berlakunya strok haba adalah

1. Sakit kepala yang berdenyut.

2. Berasa  mual.

3. Denyutan nadi yang pantas.

4. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas.

5. Otot lemah dan kejang.

6. Mengalami muntah.

7. Kulit menjadi kering dan kemerahan.

8. Sawan serta pitam.

Kesan buruk ini lebih berisiko kepada golongan berikut:

a. Kanak-kanak  berumur 5 tahun ke bawah.

b. Wargamas berusia 60 tahun ke atas.

c. Pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi.

d. Atlet, pekerja binaan dan pekerja di lapangan.

e. Anggota keselamatan yang berada dalam perbarisan dalam jangka masa yang lama.

Berikut adalah 6 garis panduan yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan untuk menghadapi fenomena cuaca pana melampau yang mesti diamalkan oleh seisi keluarga

1. Elak keluar rumah semasa matahari sedang terik iaitu antara pukul 10 pagi hingga 3 petang.

2. Kurangkan aktiviti di luar terutama melibatkan aktiviti fizikal yang boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi.

3. Pakai pakaian yang menyerap peluh dan elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna hitam/gelap ketika cuaca panas. Pakaian gelap akan meningkatkan cepat berasa panas dan berpeluh.

4. Jika berada di luar rumah gunakan payung atau topi.

4. Minum banyak air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

5. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan pengambilan makanan yang berminyak, terlalu keras, terlalu manis dan daging merah yang boleh meningkatkan lagi suhu badan.

6. Jika badan terlalu panas, mandi dengan air suam. Air yang sejuk akan menyebabkan otot mengecut kuat dan kita mengalami rasa sakit badan.

Bagi mereka yang mengalami batuk, selesema, asma, jangkitan paru-paru dan penyakit kronik lain, sila dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital dengan segera. – Siakapkeli.my

SUMBER: majalahpama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih