AWAS !! Remaja 18 Tahun Hampir Buta PARASIT Masuk Kanta Lekap ?!

AWAS !! Remaja 18 Tahun Hampir Buta PARASIT Masuk Kanta Lekap ?!! | Gadis nyaris buta parasit 
kanta lekap masuk mata – Seorang pelajar wanita Britain terpaksa bersengkang mata selama seminggu bagi mengelakkan mata kirinya buta apabila seekor parasit yang memasuki organ penglihatannya itu, mula memakan korneanya.

 

Pelajar Universiti Nottingham, Jessica Greaney pada mulanya menyangka dia terkena jangkitan, tetapi dalam tempoh seminggu matanya bertukar menjadi merah dan tersembul sehingga menyamai saiz bola golf.

Remaja berusia 18 tahun tersebut terpaksa dimasukkan ke wad selepas doktor mendapati parasit jenis Acanthamoeba keratitis mengorek bahagian matanya dan boleh menyebabkan dia buta.

Malah, Greaney boleh maut jika parasit terbabit memakan keseluruhan mata dan saraf tunjangnya.

Disebabkan itu, Greaney perlu memasukkan ubat mata setiap 10 minit, menyebabkan dia tidak boleh tidur selama tujuh hari berturut-turut bagi memastikan parasit berkenaan dibunuh.

“Parasit tersebut terperangkap pada kanta lekap dan memasuki mata saya secara tidak sengaja.

“Kesakitannya sama seperti diseksa, dan sistem imunisasi badan saya terjejas kerana kurang tidur,” katanya seperti yang dilaporkan portal Mail Online.

Greaney memakai kanta lekap sejak dua tahun lalu dan tidak menyangka parasit berbahaya itu boleh memasuki mata melalui air biasa yang digunakan untuk membasuh peralatan tersebut.

Pemakai kanta lekap berisiko tinggi untuk terkena jangkitan bakteria di mata jika mereka menggunakan kanta berkenaan semasa berenang, mandi atau terkena air.

“Saya terkena jangkitan ini kerana meninggalkan kanta lekap dekat dengan sinki air.

“Saya mahu orang ramai sedar tentang bahaya parasit ini dan lebih berhati-hati apabila menggunakan atau menyimpan kanta lekap mereka,” ujarnya. KREDIT UTUSAN MALAYSIA.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih