AWAS !! Lambakan Biskut Raya Dari China Yang Diragui Status HALAL !!

AWAS !! Lambakan Biskut Raya Dari China Yang Diragui Status HALAL !!

Harga jauh lebih murah, timbul persoalan kandungan bahan digunakan sebagai ramuan. Keghairahan umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, memberi peluang pihak tertentu mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual biskut raya diimport dari beberapa negara bukan Islam dan diragui status halalnya.

Malah, kuih dan biskut raya itu dijual dengan harga lebih rendah dan tidak munasabah, sekali gus turut menjejaskan perniagaan usahawan Bumiputera. Biasanya biskut raya yang diimport dari China dengan harga serendah RM9 hingga RM12 bagi bekas seberat 200 gram hingga 400 gram mengikut jenis biskut.

Antara biskut yang dijual termasuk tart nenas, biskut kekacang, tart gulung, biskut kopi, kuih bangkit dan biskut cip coklat.

Buat penduduk Malaysia, hati-hati dengan lambakan Biskut Raya dari China yang diragui. Harganya jauh lebih murah berbanding harga biskut raya dari Malaysia. Justeru telah timbul persoalan kandungan bahan yang digunakan sebagai ramuan. Maka lahirlah pihak tertentu yang tidak bertangunggjawab dengan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual biskut raya diimport dari beberapa negara bukan Islam dan diragui status halalnya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih