AS Perangi IS, Bukan Islam – Kata Obama

AS Perangi IS, Bukan Islam – Kata Obama

Kuala Lumpur – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, serangan yang diketuai negaranya terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) bukan peperangan menentang Islam.

Menurut beliau, matlamat utama serangan tersebut adalah menghapuskan keganasan merentasi batasan agama dan kaum.

“AS tidak boleh memerangi mana-mana agama kerana negara kita sendiri mempunyai masyarakat pelbagai agama.

“Negara kita diperkukuhkan oleh penganut semua agama termasuk warga AS yang beragama Islam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih