Apabila Sudah Menjadi Pencuri, Kubur Pun Sanggup Digali

Apabila Sudah Menjadi Pencuri, Kubur Pun Sanggup Digali

Sebanyak 12 kubur di Tanah Perkuburan Iban di Bukit Balai Nyabong, Sungai Assan, Sibu digali oleh penceroboh yang disyaki mencari barang-barang berharga yang ditanam bersama si mati. Kejadian menceroboh itu disedari seorang waris si mati yang datang ke tanah perkuburan untuk membersihkan kubur ahli keluarga mereka pada pukul 8 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd. Kamal Kordi berkata, berikutan kejadian itu, waris si mati telah membuat laporan polis. Menurut beliau, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati 12 daripada kira-kira 150 buah kubur di kawasan itu digali sebelum ia ditimbus semula.

ne_03.1

“Waris yang membuat laporan polis tidak berpuas hati dengan penceroboh yang disifatkan tidak sensitif dengan adat resam kaum Iban,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau lagi, penceroboh kubur dipercayai bertindak demikian bagi mencari barangan berharga yang ditanam bersama mayat berketurunan Iban dan beragama Kristian. Pihak polis kini sedang menyiasat penceroboh kubur berkenaan dan bakal mengenakan tindakan yang sewajarnya.

Namun begitu, beliau tidak dapat menentukan siasatan mengikut seksyen yang mana kerana sedang meneliti barangan apa yang didapati hilang dan kejadian yang berlaku sebenar-benarnya.

pix100006520

Untuk rekod, mengikut amalan tradisional di sini, masyarakat etnik Iban yang meninggal dunia akan dikebumikan bersama barangan berharga dan kesayangan milik si mati seperti cincin emas, rantai emas dan barangan tembaga.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih