Anggota TLDM Maut Nahas Dua Motosikal

Anggota TLDM Maut Nahas Dua Motosikal

Ipoh – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Lumut maut dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Km0.8, Jalan Lumut-Sitiawan di sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira 1 pagi itu, Bintara Muda Nurhasyiman Ramli, 38, maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, penunggang sebuah lagi motosikal itu, identitinya belum dikenal pasti, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.

Kemalangan itu dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggang lelaki yang cedera itu terbabas selepas memotong kenderaan lain lalu memasuki arah bertentangan dan bertembung motosikal mangsa, katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, jenazah Nurhasyiman dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat, lapor Bernama.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih