Anak Kecil Tidak Berdosa Dibawa Merompak, Namun Tetap Peluk Anak Walau Parah Dibelasah ((10 Gambar))

 

Anak Kecil Tidak Berdosa Dibawa Merompak, Namun Tetap Peluk Anak Walau Parah Dibelasah ((10 Gambar))

Aksi lima warga asing yang cuba menyamun seorang tauke lembu tumpas apabila kenderaan yang dipandu terbabas lalu merempuh sebuah kedai.

Dalam kejadian jam 1 tengahari di Kampung Tok Sangkut, Repek, Kelantan. Suspek bersama wanita dan seorang anak kecil dikatakan cuba untuk menyamun usahawan jual beli lembu itu tidak berhasil kerana mengalami kecelakaan apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik.

warga asing samun tauke lembu, terbabas

Menurut satu sumber akhbar tempatan, suspek mengekori mangsa dengan menggunakan sebuah motorsikal dan kereta jenis Proton Saga ketika mangsa berhenti di sebuah kedai makan selepas keluar dari sebuah bank berhampiran.

Dua daripada suspek yang menunggang motorsikal bertindak memecahkan kereta mangsa dan mengambil sejumlah wang miliknya.

Cubaan suspek untuk melarikan diri tidak berjaya kerana motosikal yang dinaiki terbabas, namun tindakan untuk meloloskan diri dengan kereta Proton Saga juga tidak berhasil kerana turut mengalami nasib yang sama.

Menurut Asisten Komisioner Ibrahim Saad, Ketua Polis Pasir Mas, suspek yang tersepit dan mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

“Suspek cedera parah pada bahagian kepala dan tidak sedarkan diri sebelum diselamatkan anggota keselamatan,” katanya.

warga asing samun tauke lembu, terbabas

warga asing samun tauke lembu, terbabas

Menurut Ibahim, pihak polis masih menyiasat identiti suspek dan warganegara kesemua yang terlibat. Tambahnyanya lagi, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri. -MNH

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih