AMBOI ! 60 Pasang Baju Raya

AMBOI ! 60 Pasang Baju Raya

Kuala Lumpur – Pelakon Rozita Che Wan telah menyediakan 20 pasang baju kurung untuk digayakan bersempena dengan Aidilfitri bulan hadapan.

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 41, berkata, dia turut menyediakan jumlah sama untuk suaminya, Zain Saidin dan anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan bulan.

Ia menjadikan keseluruhan untuk mereka tiga beranak ialah 60 pasang baju.

“Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal.

“Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga,” katanya.

Che Ta ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Sdn Bhd di Hotel Sunway Putra di sini , Khamis .

Tambah Che Ta, dia sebenarnya lebih teruja untuk melihat Aaisyah tampil bergaya di pagi raya kerana sudah lama menantikan saat tersebut, lapor mstar.com.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih