Alhamdulilah.. Siti Sarah Kini Bertudung

Alhamdulilah.. Siti Sarah Kini Bertudung

Artis terkenal, Siti Sarah tidak berani memberi apa-apa kenyataan terhadap imej terbarunya itu lantaran kerana tahun-tahun sebelum ini penampilan sebegitu sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menghormati bulan Ramadan al-Mubarak.

“Sebenarnya tiap kali bulan Ramadan memang saya lebih selesa berhijab bagi menghormati bulan mulia ini. Malah sudah beberapa tahun saya begini. Tak sangka pula tahun ni ada media yang notis dan bertanyakan hal ini.

“Saya terus terang tak berani dan tak tahu nak cakap dan komen apa tentang imej ini. Ianya memang datang secara semula jadi, bila Ramadan. Jadi saya tak berani nak kata apa bimbang nanti ianya tidak kekal pula bila tamat Ramadan.

“Lagipun berhijab dan menutup aurat ini satu perkara yang besar bukan setakat bertudung tetapi dalam masa yang sama tidak memakai pakaian yang ketat dan singkat, jadi saya tak mahu ianya jadi perkara yang boleh dibuat main-main,” katanya.

Siti Sarah Kini Bertudung

keluarga Siti Sarah

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 152 times, 1 visits today)

Leave a Reply