ADUHAI !! Ahmad Maslan Kena ‘Boo’ Lagi

ADUHAI !! Ahmad Maslan Kena ‘Boo’ Lagi

Kuala Lumpur – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi diboo penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berjalan keluar dari Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

Insiden itu berlaku sebaik mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu berakhir.

Menurut seorang ahli UMNO Johor, mereka bertindak sedemikian kerana kecewa dengan Ahmad.

“Ini sorakan kecewa, menteri GST kenalah terima asam garam politik apabila disindir.

“Mereka yang bersorak memang nakal, tetapi kami hanya sindir maka terimalah,”katanya memetik portal The Malaysian Insider.

Sebelum ini, Ahmad pernah dilaporkan menerima sorakan boo oleh ketika menghadiri majlis mesyuarat perwakilan UMNO di kawasan parlimen beliau di Pontian, Johor.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih