Adakah Rumah Kontena Pilihan Terbaik Untuk Kediaman Akan Datang?

Adakah Rumah Kontena Pilihan Terbaik Untuk Kediaman Akan Datang? – PADA usia 25 tahun, Muhamad Azree Abdul Rahim boleh berbangga dengan diri sendiri kerana mempunyai tanah dan rumah sendiri. Terletak di Kampung Sijang­kang, Hulu Langat, Selangor, rumah kontena itu mempunyai ruang tamu yang bercantum dengan bilik tidur, dapur serta tandas yang dilengkapi dengan pancuran mandian.

Uniknya, rumah Muhamad Azree bukanlah dibina daripada batu-bata atau papan, sebaliknya jejaka yang berasal dari Kluang, Johor itu berfikir di luar kotak dengan memilih kontena sebagai kediamannya.

“Sebenarnya saya bercadang untuk membuat rumah daripada karavan atau bas tetapi tiada undang-undang khusus untuk tujuan itu, jadi enggan mengambil risiko, saya memilih kontena untuk dijadikan kediaman,” ujarnya ringkas.

Adakah Rumah Kontena Pilihan Terbaik Untuk Kediaman Akan Datang?

Dia yang mesra disapa Azree memberitahu, idea untuk membuat rumah daripada kontena tercetus selepas dia menyedari pemilikan rumah di sekitar ibu negara dalam kalangan golongan muda serta berpendapatan rendah dan sederhana sukar direalisasikan kera­na nilai hartanah yang melambung tinggi.

“Sebelum ini, saya menyewa sebuah bilik di sebuah rumah teres di Seksyen 35, Shah Alam dengan kadar sewa sebanyak RM300 sebulan. Bagaimanapun, selepas enam bulan menduduki rumah tersebut, saya rasa tidak berbaloi.

“Berdasarkan pengiraan yang dibuat, saya terpaksa membelanjakan RM18,000 untuk sewa bilik itu selama lima tahun. Ia dilihat tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada saya.

“Dari situ, saya terfikir untuk mencari jalan alternatif bagi menyelesaikan permasalahan tersebut dan menyedari ia mampu direalisasikan menerusi rumah daripada kontena,” katanya yang berkhidmat sebagai jurutera perisian di sebuah syarikat farmasi di Shah Alam.

Bagi menjayakan impiannya untuk memiliki rumah sendiri, Azree membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000 dengan tempoh bayaran balik kepada bank dalam masa lima tahun. Adakah Rumah Kontena Pilihan Terbaik Untuk Kediaman Akan Datang?

Adakah Rumah Kontena Pilihan Terbaik Untuk Kediaman Akan Datang?

Ubah suai

Melalui peruntukan itu, dia memulakan projek berkenaan sekitar November lalu dengan membeli sebidang tanah lot berkeluasan 2,400 meter persegi di Kampung Sijangkang pada harga RM35,900.

Anak kelima daripada enam adik-beradik itu kemudiannya membeli sebuah kontena kargo bersaiz 14.8 meter persegi.

Menurut Azree, sebelum kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan, dia terlebih dahulu perlu menyediakan tapak yang kuat dan kukuh bagi menampung berat kontena yang mencecah 10,000 kilogram itu.

“Memandangkan tanah di sini merupakan tanah gambut yang lembut, saya terpaksa menurap sebahagian besar kawasan ini dengan konkrit. Jika tidak, terbenamlah rumah kontena saya nanti sekiranya hari hujan,” selorohnya.

Tambah pemegang Diploma Teknologi Maklumat Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur itu, dia turut membelanjakan kira-kira RM5,000 untuk kerja-kerja pengubahsuaian antaranya mengecat, pemasangan panel pintu dan tingkap, pemasangan paip serta pendawaian elektrik. Adakah Rumah Kontena Pilihan Terbaik Untuk Kediaman Akan Datang?

Katanya, penggunaan kontena sangat mudah dan praktikal memandangkan ia menjimatkan kos serta lebih efisien sementelah pemiliknya hanya perlu meng­aplikasikan kaedah kimpalan untuk menambah keluasan ruang sedia ada.

“Dalam situasi ini, saya menambah ruang balkoni di bahagian tingkat atas kontena menerusi kaedah kimpalan. Jika saya, bercadang untuk meluaskan rumah ini pada masa akan datang, saya hanya perlu me­nyambung rumah kontena ini dengan rumah kontena lain melalui cara tersebut,” jelasnya yang menggemari suasana hidup di kampung dan memanfaatkan landskap hijau di halaman rumahnya dengan berkebun tanaman seperti ubi keledek, ubi kayu, serai, pandan, cili, durian belanda, jambu air dan kedondong.

Kuasa mobiliti

Biarpun belum 100 peratus siap, Azree berpendapat projek rumah kontena itu bukan sekadar perniagaan, malah satu pergerakan untuk orang ramai khususnya golongan muda memiliki rumah sendiri dan keluar daripada belenggu hutang.

rumah cabin

Berbeza dengan Azree, pasangan suami isteri, Kap­ten (B) Ikhwan Azillah dan Orkid Jamilah Awang menjadikan kabin dan kontena sebagai pejabat dan rumah per­singgahan hujung minggu mereka.

Terletak di kawasan Bukit Jugra, pasangan yang mengusahakan pusat rekreasi sukan luncur udara di kawasan tersebut sejak Februari lalu tertarik untuk menggunakan kontena memandangkan kuasa mobili­tinya yang tidak terhad kepada sesuatu kawasan sahaja.

“Misal kata kami mahu ubah lokasi tapak ini pada masa akan datang, ia boleh dipindahkan dengan mudah, jadi tidak timbul masalah sewaan tapak dan sebagainya,” kata Ikhwan Azillah sambil memberitahu, kos pembinaan rumah daripada peti besar daripada keluli itu menelan belanja sekitar RM20,000 termasuk kos logistik dan ubah suai.

Dia yang juga Pengasas Luncur Udara Malaysia mengakui rumah kontena cepat panas dalam keadaan cuaca tropika negara ini.

Pun begitu, katanya, kekurangan itu dapat diatasi melalui beberapa kaedah yang telah dikenal pasti antaranya penggunaan jaring hitam yang biasa digunakan untuk melin­dungi tanaman sebagai penebat haba.

“Saya sendiri memasang lapisan styrofoam di antara din­ding rumah kontena dan dinding papan lapis untuk dijadikan penebat haba. Selain itu, pemilik juga boleh menggunakan pendingin hawa dan kipas ekzos untuk mengeluarkan haba yang terperangkap di dalam rumah ini.

“Masalah karat pula boleh diatasi menerusi penggunaan cat tahan karat,” ujarnya yang memperoleh idea untuk membuat rumah kontena ketika menjalani kursus kejurulatihan sukan itu di New Zealand.

Dalam pada itu, Orkid Jamilah berpendapat, persepsi masyarakat mengenai rumah kontena perlu diubah memandangkan ia merupakan satu alternatif pemilikan rumah yang mudah, praktikal dan efisien.

“Ramai yang menganggap rumah ini ibarat penempatan untuk warga asing atau hanya sesuai diduduki oleh golongan miskin.

“Tanggapan itu perlu diubah kerana ia boleh diubah suai menjadi kediaman mewah dan selesa mengikut bajet serta kreativiti masing-masing,” ujarnya. lapor Kosmo.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

Search Terms: