Abdul Rahim Berdepan Hukuman Gantung Gara-Gara…

Abdul Rahim Berdepan Hukuman Gantung Gara-Gara...

Abdul Rahim Berdepan Hukuman Gantung Gara-Gara… – Abdul Rahim, 49, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini, atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya Bangladesh berpunca akibat tidak berpuas hati dengan jualan kuih, bulan lalu.

Tertuduh mengangguk faham dengan pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Melayu di depan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Abdul Rahim Berdepan Hukuman Gantung Gara-Gara…

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian Md Abdur Razak, 31.

Perbuatan itu dilakukan di tingkat tujuh, Flat Taman Bunga Negara, Seksyen 27, Shah Alam, kira-kira jam 12 tengah hari, 21 September lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Siti Shakirah menetapkan sebutan semula kes pada 7 Disember ini.

Harian Metro 26 September lalu melaporkan, akibat tidak berpuas hati kerana jualan kuih lebih laris, seorang lelaki sanggup membunuh rakan senegaranya menggunakan tukul besi sebelum mayatnya dikerat kepada beberapa bahagian dan dibuang ke longkang, pada hari sama.

Mayat mangsa ditemui dalam balutan plastik dan guni dalam longkang di Persiaran Kuala Langat di belakang Masjid Baitul Mahabbah, Seksyen 27.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih