Abby Abadi Digelar Rasis Gara-gara Kek

Abby Abadi Digelar Rasis Gara-gara Kek

Kuala Lumpur – Pelakon dan selebriti, Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi dilabel rasis oleh pengguna media sosial apabila membangkitkan isu perkauman dalam status yang dimuat naik di laman Instagram, baru-baru ini.

Rotikaya.com melaporkan Abby mempertikaikan status halal kek yang dijual apabila ingin membeli kek hari lahir untuk anaknya di cawangan Secret Recipe di Gua Musang, Kelantan.

Kata Abby, dia yang mulanya yakin untuk membeli namun akhirnya timbul perasaan was-was.

“Saya berjanji pada Allah, pada diri sendiri dan pada suami yang saya tak nak dah beli Secret Recipe dekat Gua Musang,” tulisnya.

Abby mendakwa dia berasa ragu-ragu mengenai status halal disebabkan kedai itu dimiliki pemilik bukan Islam.

“Tengah tunggu kek ditulis nama anak-anak, baru perasan yang incharge kedai tu non-Muslim. Jeng jeng jeng…. Gundah gulana terus hati kita wak!

“Tertanya-tanya alamak siapa yang buat kek ini semua.

“Confident level tinggi memula sebab tengok yang jaga kaunter semua adik-adik Melayu Islam (mereka bertudung, sebab itu saya tahu mereka Islam),” katanya.

Oleh kerana perancangan menyambut hari jadi anaknya itu dibuat secara tidak dirancang, tempahan kek itu diteruskan juga yang dibayar suaminya.

“Yang saya nak sampaikan kat sini, lain kali nak makan kat mana-mana beringatlah ye. Non muslim but halal? Banyak tempat dah macam ni. Jaga kaunter orang kita, tapi yang di dapur orang dia.

“Yang ni, buat kek, yang sediakan bahan-bahannya siapa? Yang masak?,” ulasnya.

Akibat daripada postingnya itu, ada peminat mempersoalkan tindakan Abby yang dilihat kerap membeli kek jenama berkenaan sebelum ini.

Malah ada antara mereka yang hairan kerana pelakon itu memuat naik gambar kek yang dipotong bersama anak-anaknya walaupun meragui status halal kek tersebut.

Ada juga yang melontarkan pandangan bahawa Abby tidak sepatutnya menilai perkara berkenaan kerana Jakim mempunyai prosedur sendiri bagi tempat yang telah mendapatkan sijil halal.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih