800 Pelajar Sekolah CEMAS Bangunan Sekolah Terbakar

800 Pelajar Sekolah CEMAS Bangunan Sekolah Terbakar

Kuala Lumpur – Kira- kira 800 pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Samudra cemas apabila tingkat tiga bangunan sekolah itu terbakar dalam satu kejadian hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.50 pagi itu, kesemua pelajar berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan guru masing-masing sebelum berkumpul di padang sekolah sementara menunggu pihak bomba memadamkan api.

Saksi kejadian yang ingin dikenali sebagai Azlin memberitahu dia melihat api itu bermula dari sebuah bilik yang digunakan untuk menyimpan buku-buku sekolah berkenaan.

“Api merebak dengan cepat dari bahagian kiri bangunan itu namun kepulan asap yang tebal membuatkan guru menyedari insiden tersebut sebelum mengarahkan semua pelajar berkumpul di padang sekolah.

Bangunan sekolah yang musnah dalam kebakaran itu adalah lima buah bilik darjah, stor buku dan stor meja.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, 21 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Rawang dan Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian, lapor Kosmo.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...