6 Petua Goreng Pisang Yang Terlajak Rangup Walaupun Dah Sejuk

6 Petua Goreng Pisang Yang Terlajak Rangup Walaupun Dah Sejuk – Pisang goreng yang sudah sejuk selalunya tidak rangup. Jarang kita nak jumpa pisang goreng yang rangup dan tidak lembik bila dah sejuk. Sebenarnya bancuhan tepung salut yang betul menyumbang kepada hasil pisang goreng yang ‘memberangsangkan’. Apakah cara yang betul dan bahan tambahan untuk membuat tepung salut itu?

6 Petua Goreng Pisang Yang Terlajak Rangup

6 Petua Goreng Pisang Yang Terlajak Rangup Walaupun Dah Sejuk

MENTEGA

Boleh tambahkan lebih kurang 2 sudu besar mentega cair dalam bancuhan tepung salut anda.

SODA BIKARBONAT

Letak sedikit soda bikarbonat dalam bancuhan tepung. Dengan cara ini, tepung sadur akan ‘mengembang’ dan menjadi rangup.

MINYAK

Tambahkan sedikit minyak panas ke dalam bancuhan tepung sadur dan gaul rata. Kemudian bolehlah digunakan untuk salut pisang dan digoreng.

TEPUNG BERAS DENGAN TEPUNG PULUT

Biasanya kita gunakan tepung beras, tapi cuba gantikan dengan tepung pulut.

Nisbah tepung adalah 3 cawan tepung beras dengan 2 cawan tepung pulut. Kemudian campurkan dengan sebiji telur, sedikit garam dan serbuk kunyit.

KELAPA PARUT

Campurkan sedikit kelapa parut dalam bancuhan tepung sadur anda. Bukan saja merangupkan, tapi kelapa parut akan menambah rasa lemak pada pisang goreng anda nanti.

KAPUR MASAKAN

Ketika anda membancuh tepung salut tu, campurkan 1 sudu besar kapur masakan dalam bancuhannya.

Nisbah tepung adalah 2 cawan tepung beras, 1 cawan tepung gandum. Kemudian masukkan 1 sudu kecil garam dan serbuk kunyit. Masukkan air dan pastikan bancuhan tidak terlalu cair.

Sumber: rasa.my

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih