Punca Lima Hilang Dalam Hutan di Gerik

Punca Lima Hilang Dalam Hutan di Gerik

Gerik – Lima lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai masuk ke Hutan Kampung Bongor di sini untuk mencari burung sejak Isnin lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris, berkata, mangsa ialah Rosli Supian, 42; Zakaria Mokhtar,28; Hussaini Rafaei, 20; Zulkifli Abd Majid, 36; dan Mohd Zahid Mohd Maznan,19.

Katanya, pihak bomba menerima maklumat daripada polis kira-kira pukul 11.30 malam tadi memaklumkan kehilangan lima lelaki berkenaan.

“Seramai sembilan anggota bomba dibantu dua orang polis dan 22 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sedang melakukan pencarian.

“Keluasan hutan kawasan mereka dilaporkan hilang dianggarkan 500 kilometer persegi. Setakat ini, pihak bomba sudah melakukan pencarian meliputi kawasan seluas 10 kilometer persegi,”katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih