Punca Pekerja Stesen TV Ditikam

Kuala Lumpur – Seorang kakitangan stesen televisyen cedera, selepas dipercayai ditikam dalam kejadian di sebuah kondominium di Setapak, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, tujuh lelaki bertindak memukul mangsa, sebelum seorang daripada suspek itu menikam mangsa.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mangsa cedera, selepas dipercayai ditikam di badan.

Menurutnya, mangsa yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan, dilaporkan masih kritikal.

“Kami percaya motif kejadian disebabkan rasa tidak puas hati,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, orang ramai yang melihat kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan, lapor The Rakyat Post.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!