4 Banduan Lepas Tali Gantung

4 Banduan Lepas Tali Gantung

Nusajaya: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan meringankan hukuman gantung sampai mati empat banduan rakyat tempatan kepada penjara seumur hidup sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-57, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim berkata, keputusan itu dibuat ketika mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor yang dipengerusikan Sultan Ibrahim di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini, 16 November lalu.

Beliau berkata, semua banduan lelaki itu berusia antara 30 hingga 50 tahun dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan atas kesalahan membunuh dan mengedar dadah.

“Menerusi mesyuarat berkenaan, Lembaga Pengampunan Negeri Johor mempertimbangkan 30 kes rayuan sebelum Sultan Ibrahim memutuskan untuk memberi pengampunan kepada empat banduan terbabit.

“Ia juga hasil perbicangan bersama dan pendapat daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta tiga ahli yang dilantik baginda,” katanya ketika sidang media di Kota Iskandar di sini, baru-baru ini. lapor myMetro.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...