3 Pelajar Perempuan Dicabul Bomoh Gila $eks

3 Pelajar Perempuan Dicabul Bomoh Gila $eks

3 Pelajar Perempuan Dicabul Bomoh Gila $eks – Harapkan pegar, pegar makan padi. Tiga pelajar perempuan termasuk dua beradik dicabul ketika mendapatkan rawatan daripada seorang bomoh, lapor BH Online.

Berikutan itu, lelaki berusa 60 tahun terbabit direman tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes selepas bapa dua beradik itu mengheretnya ke Balai Polis Bintulu, kelmarin.

3 Pelajar Perempuan Dicabul Bomoh Gila $eks

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar, kejadian terbongkar apabila mangsa ketiga iaitu pelajar Tingkatan 5 mengadu perbuatan terkutuk suspek kepada bapanya.

Suspek juga didakwa mencabul seorang pelajar Tahun Enam berusia 11 tahun pada 2 September dan adik mangsa ketiga, pelajar Tingkatan Empat, pada 10 September lalu.

Difahamkan, mangsa dihantar keluarga mereka untuk mendapatkan rawatan dengan bomoh berkenaan di kuarters pekerja di Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu, selepas suspek mendakwa mereka memerlukan rawatannya kerana menghadapi masalah peribadi.

“Dalam sesi rawatan itu, suspek membogelkan dan memandikan mangsa dan kemudian memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa.

“Bapa mangsa ketiga yang berang selepas dimaklumkan kejadian itu berjumpa bomoh berkenaan, lalu menumbuk mukanya sebelum mengheret bomoh itu ke balai polis.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak,” katanya.

Sumber: CARI

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih