3 Kapal Bawa Petrol Terbakar

3 Kapal Bawa Petrol Terbakar

Sandakan – Tiga kapal kayu membawa muatan petrol musnah terbakar di perairan berhampiran Kampung Cenderamata, Jalan Batu Sapi, di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua anak kapal terjun menyelamatkan diri sebaik kebakaran disedari.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, kebakaran membabitkan tiga kapal kayu membawa muatan petrol dipercayai ke negara jiran.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pada jam 3.01 petang, dua jentera bersama 10 anggota dikerah ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

“Sehingga kini, operasi pemadaman api masih berjalan, termasuk menggunakan bot,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Difahamkan, Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan turut berada di lokasi kejadian bagi membantu memadam kebakaran, lapor Harian Metro.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...