2 Atlet Ekstrem Maut Terhempas

2 Atlet Ekstrem Maut Terhempas | CALIFORNIA – AMERIKA SYARIKAT. Seorang atlet sukan ekstrem maut ketika terbang menggunakan baju terbang ‘wing suit’ di Yosemite National Park, kelmarin.

Menurut BBC, Dean Potter dan rakannya, Graham Hunt maut selepas terhempas di sebuah tebing.

Kedua-dua mangsa dilaporkan tidak sempat mengeluarkan payung terjun selepas gagal dalam  percubaan untuk melalui sebuah laluan sempit di celah tebing berkenaan.

2 Atlet Ekstrem Maut Terhempas

Mayat kedua-dua mangsa dibawa keluar menggunakan helikopter pagi semalam.

Sebelum itu, Potter dan Hunt terjun dari ketinggian 3,000 dan mula terbang melalui kawasan El Capitan dan Half Dome yang dipenui dengan batuan granit.

Difahamkan, Yosemite National Park melarang sukan tersebut dipraktikkan dan Potter dilaporkan sudah melanggar peraturan tersebut berkali-kali lapor Sinar Harian

2 Atlet Ekstrem Maut Terhempas
Gambar Hiasan
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih