1MDB: Berapa Bilion Lagi Nak Pimjam? – Soal Muhyiddin

JOHOR BAHRU – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mendakwa 1MDB meminta suntikan dana sebanyak RM3 Billion dari Kementerian Kewangan.

Namun, menurut Muhyiddin permintaan itu ditolak oleh Kabinet kerana merasakan jumlah yang diminta itu tidak munasabah.

“Selepas pinjam (dari) T Anandha Krishnan RM2 bilion, nak pinjam lagi RM3 bilion. Berapa banyak bilion kita nak pinjam ni?

“Apa sudah jadi dan waktu itulah saya sedar, ini satu masalah yang besar, bukan perkara yang kecil, nak pinjam mampu tidak hendak bayar? ‎Saya pasti ia tidak mampu bayar sebab pinjaman awal tidak mampu dibayar.

“Berniaga apa macam ini, pinjam atas pinjam,” kata Muhyiddin semasa berucap di program Bicara Minda yang bertajuk “Berani Kerana Benar” anjuran Sinar Harian.

Muhyiddin juga berkata 1MDB kemudian hanya diberikan kredit tersedia sebanyak RM950 juta.

“Bila timbul hal begini, bila dibangkitkan kepada jemaah menteri, mulalah saya bangkitkan, saya nyatakan pandangan dan kebimbangan saya.

“Saya sebutkan berkali-kali, saya tidak ada niat jahat. Kerana nak membantu, supaya Perdana Menteri mencari jalan nak selesaikan keadaan itu. Kalau tidak, jadi beban kepada kita.

“Saya tidak pernah mendoakan 1MDB jatuh. Kalau mereka jatuh, kita akan jatuh… Pandangan saya ikhlas,” ujarnya memetik laporan dari Sinar Online.

Selain dari itu, Muhyiddin juga berkata setiap pinjaman yang dipinjamkan kepada 1MDB dari bank akan menjadi beban kepada kerajaan dan generasi mendatang.

“Ini serius. Setiap pinjaman dari bank akan jadi tanggungan beban kerajaan. Dan kita terbeban kepada rakyat, anak cucu kita, yang akan menanggungnya kalau tidak diselesaikan,” katanya. – Siakapkeli.my

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih