17 Mati Akibat Rempuhan Di Stadium

17 Mati Akibat Rempuhan Di Stadium

17 Mati Akibat Rempuhan Di Stadium – Sekurang-kurangnya 17 maut, manakala berpuluh-puluh yang lain cedera selepas penyokong merempuh pintu masuk stadium bola sepak, dekat Angola, semalam.

17 Mati Akibat Rempuhan Di Stadium

Menurut laporan media Angola dan Portugis, insiden itu berlaku di barat laut bandar Uige ketika beratus-ratus penonton bergegas menuju ke satu pintu masuk stadium menyebabkan beberapa penonton jatuh lalu dipijak.

Agensi berita Portugis, Lusa melaporkan antara mangsa yang mati, termasuk kanak-kanak yang dipercayai akibat sesak nafas.

Presiden Angola, Jose Eduardo dos Santos mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mengarahkan pegawai membantu mangsa yang cedera serta siasatan dilakukan.

17 Mati Akibat Rempuhan Di Stadium

Insiden itu berlaku ketika penonton berpusu-pusu masuk ke stadium untuk menonton perlawanan pertama membabitkan pasukan tuan rumah Santa Rita de Cassia menentang Recreativo de Libolo dalam pertandingan Girabola kebangsaan. – AP/BH ONLINE

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. admin