16 Bandar Ini Terancam Tenggelam ?!!

16 Bandar Ini Terancam Tenggelam ?!!

Air laut kini semakin tinggi berbanding selama 6,000 tahun kebelakangan. Lautan yang lebih hangat mencapai kadar air yang lebih besar, belum lagi ditambah lelehan ais dan glasier. Kajian terbaru menyebutkan dunia belum pernah mengalami hal seperti ini sekurang-kurangnya sejak sebelum 4,000 SM, sebelum berakhirnya Zaman Gangsa.

Volume air yang semakin meningkat membuat beberapa bandar yang dekat pesisir dan pelabuhan sungai di dunia akan tenggelam bertahun-tahun kemudian. Beberapa di antaranya termasuk bandar yang sering dijadikan destinasi pelancongan. Berikut 16 bandar yang sebaiknya kamu kunjungi sebelum tenggelam.

1. Haiphong

Source: http://www.theactivetimes.com

Bandar pelabuhan untuk Hanoi ini berhadapan langsung dengan Teluk Tonkin di mulut Sungai Cam, dan jika tahap ketinggian air laut meningkat 60 cm, air sungai akan naik sehingga berlaku banjir yang menenggelamkan bandar tersebut. Pada tahun 2070, 4.7 juta orang dan aset sebanyak 334 bilion dolar dalam bahaya jika air meningkat hanya setinggi 60 cm.

2. Dhaka

Source: www.gezio.com

Ibu kota Bangladesh ini termasuk bandar yang padat penduduknya dan berada di selatan pinggir Sungai Buriganga yang berada di jantung delta Sungai Gangga. Pada tahun 2070, 11 juta orang dan aset 540 dolar dalam bahaya jika air meningkat hanya setinggi 60 cm.

3. Amsterdam

Source: http://www.theactivetimes.com

Bandar terbesar di Belanda yang berada di titik tengah pantai Laut Utara ini akan tenggelam jika air laut naik sehingga 1.8 m. Pada tahun 2070, 1.4 juta orang dan aset 844 bilion dolar dalam bahaya jika air meningkat hanya setinggi 60 cm.

4. Alexandria

Source: http://www.theactivetimes.com

Pelabuhan laut terbesar Mesir ini hampir tenggelam sepenuhnya jika Laut Mediterranean naik kira-kira 1.8 m kerana delta pedalaman Sungai Nil berada di bawah air laut. Pada tahun 2070, 4.4 juta orang dan aset 563 bilion dolar dalam bahaya jika air meningkat hanya setinggi 60 cm.

5. New Orleans

Source: http://www.theactivetimes.com

Badai Katrina telah menunjukkan bahawa badai boleh menghancurkan bandar, dan jika air laut kembali naik hingga 1.8 m, bandar boleh tenggelam. Pada tahun 2070, 1.4 juta orang dan aset 1 trilion dolar dalam bahaya jika air meningkat hanya setinggi 60 cm.

6. Tokyo

Source: http://www.theactivetimes.com

Berada di sudut barat laut Pelabuhan Tokyo, ibu kota Jepun ini akan melihat kawasan tenggara tenggelam jika badai menaikkan ketinggian air laut hingga 1.8 m. Akan terjadi pula banjir yang meluas di sepanjang Sungai Tone hingga ke timur laut. Pada tahun 2070, 2.7 juta orang dan aset 1.2 trilion dolar dalam bahaya jika air meningkat hanya setinggi 60 cm.

7. Ho Chi Minh City

Source: http://www.theactivetimes.com

Hujung tenggara Vietnam akan tenggelam jika air laut naik hingga 1.8 m, termasuk kawasan selatan dari bandar pelabuhan ini di Sungai Saigon. Pada tahun 2070, 9.2 juta orang dan aset 650 bilion dolar dalam bahaya jika air meningkat hanya setinggi 60 cm.

8. Osaka

Source: http://www.theactivetimes.com

Bandar komersial di Jepun ini berada mulut Sungai Yodo dengan bahagian selatannya yang mengarah ke Pelabuhan Osaka, manakala pantai yang mengarah ke selatan akan mengalami kesan yang paling teruk jika ketinggian air laut mencapai 1.8 m. Pada tahun 2070, 9.2 juta orang dan aset 650 bilion dolar dalam bahaya jika air meningkat hanya setinggi 60 cm.

9. New York City

Source: http://www.theactivetimes.com

Badai akan menenggelamkan bahagian paling rendah di lembah Sungai Hudson hingga ke utara Peekskill, begitu juga Pelabuhan Newark di New Jersey dan pantai selatan Long Island. Pada tahun 2070, 2.9 juta orang dan aset 2.1 trilion dolar dalam bahaya jika air meningkat hanya setinggi 60 cm.

10. Tianjin

Source: http://www.theactivetimes.com

Pelabuhan laut utama di utara China dan gerbang menuju Beijing hingga ke selatan akan terkena banjir hingga ke pantai di Teluk Bohai. Pada tahun 2070, 3.8 juta orang dan aset 1.2 trilion dolar dalam bahaya jika air meningkat hanya setinggi 60 cm.

11. Bangkok

Source: http://www.theactivetimes.com

Kota yang berada di delta Sungai Chao Phraya ini akan tenggelam jika air laut meningkat sehingga 1.8 m. Pada tahun 2070, 5.1 juta orang dan aset 1.1 trilion dolar dalam bahaya jika air meningkat hanya setinggi 60 cm.

12. Shanghai

Source: http://www.theactivetimes.com

Badai yang menaikkan ketinggian air laut hingga 1.8 m akan menaikkan ketinggian air di Sungai Yangtze, yang mengakibatkan banjir di kawasan yang rendah. Titik di mana Sungai Yangtze mula mengecil ke barat laut boleh mengalami banjir yang paling teruk. Pada tahun 2070, 5.5 juta orang dan aset 1.7 trilion dolar dalam bahaya jika air meningkat hanya setinggi 60 cm.

13. Miami

Source: http://www.theactivetimes.com

Hujung selatan Florida, termasuk Miami dan Florida Keys, akan tenggelam jika badai menaikkan ketinggian air laut hingga 1.8 m. Pada tahun 2070, 4.8 juta orang dan aset 3.5 trilion dolar dalam bahaya jika air meningkat hanya setinggi 60 cm.

14. Mumbai

Source: http://www.theactivetimes.com

Jika badai yang menaikkan air laut hingga 1.8 m terjadi, bandar komersial di India ini akan terputus kerana air di Sungai Ulhas serta anak sungainya akan naik. Pada tahun 2070, 11 juta orang dan aset 1.6 trilion dolar dalam bahaya jika air meningkat hanya setinggi 60 cm.

15. Guangzhou

Source: http://www.theactivetimes.com

Jika air laut meningkat sehingga 1.8 m, ketinggian air di delta Sungai Pearl akan naik hingga ke jantung selatan kota penting di China ini. Sebahagian besar pantai di barat laut dan selatan Hong Kong juga akan tenggelam. Pada tahun 2070, 10 juta orang dan aset 3.4 trilion dolar dalam bahaya jika air meningkat hanya setinggi 60 cm.

16. Kolkata

Source: http://www.theactivetimes.com

Bandar di selatan India ini memang berada di hulu, tapi jika air laut naik hingga 1.8 m, banjir akan meraih pinggiran barat pusat bandar, dan sebahagian besar delta yang berada di antaranya dan Pelabuhan Bengal hingga ke tenggara akan tenggelam. Pada tahun 2070, 14 juta orang dan aset 2 trilion dolar dalam bahaya jika air meningkat hanya setinggi 60 cm.

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 142 times, 1 visits today)

Leave a Reply