14 Kemuliaan Wanita Hamil Yang Ramai Tak TAHU..

14 Kemuliaan Wanita Hamil Yang Ramai Tak TAHU..

‘RAHIM’ merupakan bahagian organ dalam tubuh wanita yang diberi nama yang begitu mulia. Perkataan ini diambil daripada nama Allah iaitu Ar-Rahim, yang bermaksud `Maha Penyayang‘. Sudah tentulah Allah tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya.

Sudah tentu Allah akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Allah tidak memberikan nama yang semulia ini di bahagian tubuh lelaki. Namun, Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah dan memberi makan kepada apa yang Allah ciptakan.

Kemuliaan Wanita Hamil-norichmedia

Terdapat 14 kemuliaan yang Allah berikan kepada wanita hamil…

1. Apabila seorang wanita hamil dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 Kejahatan.

2. Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang wanita melahirkan anak, hilanglah segala dosa-dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, setiap tegukan daripada susunya diberi 1 kebajikan untuk ibu itu.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala sama seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat Solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat Solat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada setiap titis susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita hamil akan dapat pahala terus apabila berpuasa pada siang hari.

10. Wanita hamil akan dapat pahala terus apabila beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada 1 uratnya, Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2-5 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun solat dan berpuasa.

Sumber: SALAM

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih