13 Kesan Buruk Jika Anda Kurang Minum Air

13 Kesan Buruk Jika Anda Kurang Minum Air

Mengambil banyak air putih adalah hal yang penting untuk kesihatan anda. Jika anda tidak berbuat demikian, anda boleh mengalami penurunan kepekatan bahkan dehidrasi serius. Mungkin ramai daripada anda tidak menyedari bahawa anda masih kurang mengambilnya.

1. Mulut anda terasa kering. Anda perlu mengetahui bahawa air putih melincirkan selaput lendir di mulut dan tekak, dan akan terus menjaga mulut anda selepas tegukan pertama.

2. Kulit anda menjadi kering. Kulit kering adalah salah satu tanda-tanda awal dehidrasi yang boleh membawa kepada masalah yang jauh lebih besar.

3. Rasa haus yang amat sangat.

4. Mata anda kering dan merah. Perlu disedari bahawa ini boleh menyebabkan bahaya pada mata anda, lebih-lebih lagi jika anda memakai contact lens setiap hari.

5. Sakit pada tulang. Tulang rawan dan tulang belakang terdiri daripada kira-kira 80% air. Ini adalah keperluan mutlak untuk menjaga tulang anda daripada bergesel satu sama lain semasa bekerja.

6. Anda sakit dalam masa yang lama. Minum air membolehkan tubuh anda untuk terus membuang racun.

7. Anda merasa lelah dan lesu. Apabila tubuh mengalami dehidrasi, tubuh “meminjam” air dari darah anda sehingga menyebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke seluruh badan.

8. Anda akan merasa lapar terus-menerus.

9. Mengalami gangguan pencernaan. Tanpa penghidratan yang tepat, jumlah dan kekuatan lendir membolehkan asid perut melakukan beberapa kerosakan besar pada perut anda.

10. Anda mengalami sembelit.

11. Pengurangan jumlah kencing dan kencing berwarna pekat.

12. Mengalami penuaan awal. Jumlah air badan anda menurun seiring dengan bertambahnya usia. Jadi anda sedar perlu meningkatkan pengambilan air jika tidak ingin mengalami penuaan awal.

13. Jika anda kurang minum air putih, aktiviti anda akan terganggu kerana anda tidak fokus dalam menghadapi sesuatu.

SUMBER

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih